Do you know Nur Farhana?Become her contact | Who is on Multiply?Find your friends | Want to learn more?Take the Tour | Already a Member?Sign In |
by MiraKimura
by MiraKimura Keanehan-keanehan Tukang Azan Syekh Syihabuddin Muhammad bin Ahmad di dalam kitabnya “Al-Mustatraf” menceritakan tentang peristiwa-peristiwa tukang azan, di antaranya: ( i ) Seorang muazzin telah ditegur kerana azannya terlalu perlahan: “Kami tidak mendengar suara azanmu, kuatkanlah sedikit.” “Aku dapat mendengarkan suaraku dari jarak satu batu.” jawab si Muazzin.* ( ii ) Seseorang berkata bahawa dia melihat muazzin melaungkan azan, kemudian keluar dari masjid dan lari seperti mengejar sesuatu. “Hendak kemana engkau?” tanya orang. “Aku ingin mendengarkan azanku sampai kemana gemanya.” * ( iii ) Diceritakan pula bahawa ada dua orang lelaki telah bersengketa pasal seorang jariah. Kerana tidak ada yang mahu mengalah, kedua-duanya sepakat menumpangkan jariah itu kepada seorang muazzin. Pada sebelah pagi setelah berazan, tiba-tiba muazzin itu berkata: “La ilaha illallah....telah hilang rasa kepercayaan dari manusia.” “Bagaimana rasa kepercayaan boleh hilang dari manusia?” tanya mereka. “Ini buktinya.” kata tukang azan itu sambil menunjuk kepada jariah yang ditumpangkan kepadanya. “Jariah ini ditinggalkan kepadaku. Kata yang menumpangkannya dia masih perawan. Tapi setelah aku menggaulinya, ternyata dia sudah janda.”* ( iv ) Dikota Humas ada seorang tukang azan yang memekik-memekik pada pagi Ramadhan: “Bersahurlah kalian! Aku sudah menyuruhmu. Cepatlah makan, sebelum saya berazan. Allah akan menghitamkan mukamu.” * Seorang berazan sambil melihat lafaz-lafaz azan yang ditulis pada sehelai kertas. “Engkau tidak hafal azan?” tanya mereka. “Jangan tanya kepada saya, tapi pergilah kepada Kadi.” jawab Muazzin itu. Mereka pun pergi ke rumah Kadi dan mengucapkan: “Assalamualaikum, wahai tuan Kadi.” Kadi tidak segera menjawab, tapi masih mengeluarkan sehelai kertas lalu dibacanya: “Wa alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh.” Maka orang-orang surau itu pun datang kepada si Muazzin dan meminta maaf setelah mengetahui bahawa kadinya juga tidak hafal Assalamualaikum...” * ( v ) Seorang perempuan mendengar muazzin melaungkan azan Subuh setelah terbit matahari. Ketika sampai pada “Asshalatu khairum minannaum (Solat itu lebih baik daripada tidur), perempuan itu menjawab: “Tidur lebih baik daripada solat seperti sekarang ini.” Keanehan-keanehan Peminta Sedekah Syekh Syihabuddin Muhammad bin Ahmad menceritakan pula tentang kisah-kisah para peminta sedekah yang sampai kepada beliau. ( i ) Di antaranya kisah seorang peminta sedekah yang datang ke sebuah rumah, lalu berseru: “Wahai tuan yang empunya rumah...” Belum sempat dia meneruskan perkataannya, tuan rumah telah bangun meninggalkannya sambil berkata: “Semoga Allah melapangkan engkau.” “Wahai tuan rumah! Alangkah baiknya kalau engkau mendengarkan apa yang akan kukatakan terlebih dahulu. Barangkali aku datang untuk menjemputmu ke majlis kenduri kahwin.” kata si peminta sedekah. * ( ii ) Diceritakan pula bahawa seorang peminta sedekah berdiri di hadapan pintu sebuah rumah kerana mengharapkan sesuatu. “Semoga Allah melapangkan engkau. Kami tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada engkau.” kata tuan rumah. “Sisa-sisa makanan pun jadi.” kata si pengemis. “Kami tidak punya.” kata tuan rumah. “Sedikit gandum atau syair pun jadilah tuan.” “Kami tidak punya.” “Secawan susu atau zait?” kata si pengemis. “Kami tidak punya.” “Kalau begitu, berilah saya sedikit air suam saja.” “Kami tidak punya apa-apa.” “Kalau begitu, apa yang engkau buat di dalam rumah ini? Pergilah keluar mengemis. Kalian lebih patut menjadi peminta sedekah daripada saya.” kata si pengemis lalu pergi. * ( iii ) Syekh Syihabuddin menceritakan pula bahawa seorang pengemis telah berseru di hadapan sebuah rumah: “Tuan, kami lapar, berilah sesuap makanan.” “Engkau berbohong.” kata tuan rumah. “Betul tuan. Kalau tidak percaya, tuan boleh cuba aku dengan dua kati roti dan dua kati daging. Nescaya ia akan habis sebagai tanda bahawa kami betul-betul lapar.” kata si pengemis. Minta 70 Dulang Otak Manusia Semasa masih dalam Yahudi, Abdullah bin Saba’ telah mengatakan bahawa Yusa’ bin Nun telah mendapat wasiat dari Nabi Musa Alaihissalam tentang kepimpinan selepasnya. Apabila masuk Islam, dia mempromosikan ideanya pula yang mengatakan bahawa Ali bin Abi Thalib telah mendapat wasiat dari Nabi Muhammad SAW agar memegang kepimpinan sesudah kemangkatan baginda. Abdullah bin Saba’lah yang mula-mula mengatakan bahawa imamah itu adalah hak Ali bin Abi Thalib, dan dia telah mencerca sahabat-sahabat yang lain. Dia berkata bahawa Ali bin Abi Thaliblah yang menyuruhnya agar mengeluarkan perkataan tersebut. Apabila Ali mendengar perkara tersebut, beliau telah memerintahkan agar Abdullah bin Saba’ ditangkap dan dibunuh. Akan tetapi ketika hukuman akan dijalankan, beberapa orang pendukungnya telah menghalangnya dengan suatu alasan. Kemudian Ali membuang bekas tokoh Yahudi itu ke Madain. Walau bagaimanapun, Abdullah bin Saba’ masih tetap mempertahankan ideanya kerana memang bertujuan ingin menggoncang aqidah umat Islam dari dalam. Ketika berita kewafatan Khalifah Ali telah tersebar, Abdullah bin Saba’ menyumpah-nyumpah membantah dan tidak mempercayainya. Dia telah berkata kepada orang yang membawa berita itu: “Engkau telah berbohong! Walaupun engkau bawa ke sini otak Ali dalam tujuh puluh dulang dan engkau bawa tujuh puluh orang saksi yang adil mengakui bahawa Ali telah terbunuh, aku tetap tidak mempercayainya. Aku tahu bahawa Ali tidak akan mati dan tidak akan terbunuh. Sesungguhnya beliau tidak akan mati sehinggalah beliau menguasai seluruh muka bumi ini.” Apa yang jelas, Sayyidana Ali bin Abi Thalib memang wafat terbunuh, kerana beliau adalah manusia biasa juga. Rahsia Alif, Lam, Mim Dalam Surat Khalifah Diceritakan bahawa Sultan Mahmud telah mencabar Khalifah Al-Qadir Billah di Baghdad, mungkin kerana timbul suatu perselisihan faham. Sultan Mahmud menghantar utusan kepada Khalifah Al-Qahir dengan membawa surat ugutan bahawa beliau sanggup menghantar pasukan bergajah untuk melanggar dan memporak perandakan Baghdad. Diterangkannya pula bahawa gajah-gajahnya boleh mengangkat bumi Baghdad dan dibawa ke Ghazanah. Khalifah Al-Qadir tidak tinggal diam, beliau terus mengirim surat cabaran. Anehnya surat Khalifah hanya mengandungi tiga huruf saja iaitu: ( Alif, Lam, Mim ) Sultan bingung ketika menerima surat tersebut kerana tidak faham apa maksudnya. Beliau memanggil pakar-pakar bahasa, tapi mereka juga tidak mengetahui maksudnya. Ahli-ahli Tafsir dan Al-Quran juga dipanggil dan mereka berusaha mempadan-padankan surat Khalifah itu dengan surah-surah di dalam Al-Quran yang diawali dengan huruf Alif Lam Mim, tapi tidak sesuai. Ia tidak dapat dihubung kaitkan dengan kandungan surat Khalifah yang dihantar kepada Sultan. Dalam keadaan Sultan bingung mencari orang yang lebih pakar lagi, tampil seorang pemuda yang selama ini tidak diambil kira oleh mereka. “Kalau Sultan mengizinkan, saya cuba untuk mempelajari rahsia surat itu.” kata si pemuda. Para pegawai istana melaporkan tawaran si pemuda kepada Sultan, dan baginda mengizinkannya. “Panggil dia ke sini.” kata Sultan. Si pemuda masuk dan surat itu pun dihulurkan kepadanya. Setelah berfikir beberapa minit, si pemuda bertanya: “Apakah Sultan pernah menghantar surat kepada Khalifah yang berisi ugutan untuk menyerang dengan menggunakan tentera bergajah?” “Betul, betul. Tapi apa hubungannya?” tanya Sultan. “Kalau begitu, Khalifah telah menghantar surat kepadamu yang ertinya: “Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia?” (Al-Fil: 1-2) “Oh... betul tuanku. Khalifah telah menyahut cabaran tuanku.” kata para pakar bahasa dan Tafsir hampir serentak. Sultan merasa gembira dan berterima kasih kepada si pemuda dan diberinya hadiah yang banyak. Mereka juga merasa gelihati sendiri kerana telah berpusing-pusing membongkar Tafsir dan mengkaji surah-surah yang dimulakan dengan Alif lam mim, tapi ternyata ia hanyalah hujung surat Al-Fil.* Aristotles berkata: “Orang yang berakal dapat menangkap fikiran orang yang berakal. Sedang orang yang bodoh tidak dapat menerima fikiran orang yang berakal, bahkan tidak dapat menerima orang bodoh.”
by MiraKimura Mengikut riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, nabi bersabda, "Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit." Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah. Benarkah pada lalat terdapat punca-punca penyakit serta penawar? Lalat memang dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, ahIi-ahIi sains mengenal pasti 80,000 spesies lalat di seluruh dunia. Lalat rumah dikenaIi sebagai Musca domestica. Lalat ini mudah ditemui di mana-mana termasuk di kepulauan Arab. Luther West dalarn buku The Housefly - Its Natural History, Medical Importance, And Control, terbitan New York pada tahun 1951, menyatakan lalat jenis Musca domestica banyak terdapat di kawasan Timur Tengah. ]usteru, apabila nabi bersabda tentang lalat, besar kemungkinan baginda sedang menceritakan tentang lalat dari jenis ini. Lalat buah atau fruit-flies yang kadang kala dikenali juga sebagai lalat arak atau wine flies serta lalat cuka atau vinegar flies, juga banyak terdapat di Timur Tengah. ]enis yang agak terkenal daripada kumpulan ini ialah yang bernama Drosophila melanogaster. Kajian di dalam bidang entomologi mendapati lalat jenis ini jinak dengan manusia dan sering terdapat di kawasan buah-buahan yang banyak berlaku proses fermentasi. ]usteru, arak merupakan tarikan kepada lalat jenis ini. Di samping itu ia juga menyukai suhu yang tinggi seperti yang disebutkan oleh Harold Oldroyd dalam buku The Natural History of Flies. Mekah dan Madinah mempunyai suhu yang tinggi. Persekitarannya subur dengan pohon-pohon kurma dan anggur dan kedua-dua ini digunakan untuk membuat arak. Minuman arak, apatah lagi di zaman jahiliah, merupakan budaya hidup orang-orang Arab. Tidak akan meriah sesuatu majIis tanpanya. Orang Arab begitu memuja arak hinggakan bahasa Arab mempunyai lebih kurang 250 kaIimat yang melambangkan arak. Hal ini disebutkan dalam Tafsir al-Azhar oleh Hamka. Ketika Islam datang, arak belum diharamkan. Islam hanya mengharamkannya selepas berlakunya hijrah ke Madinah dan selepas diwajibkan ibadah sol at. ]usteru, persekitaran yang seperti ini yang kaya dengan arak cukup sesuai untuk pembiakan lalat Drosophila melanogaster. Apa yang signifikan ialah, lalat daripada kedua-dua jenis ini, iaitu Musca domestica dan Drosophila melanogaster (terutamanya Drosophila melanogaster), menjadi bahan kajian utarna para ahIi sains pada hari ini bertujuan untuk mengenali penyakit-penyakit manusia serta penawar baginya. ]usteru, fokus nabi ten tang lalat dalam konteks penyakit dan penawar, amat relevan dengan isu kesihatan dan perubatan pada hari ini. Lalat dan Penyakit Sabda nabi yang bermaksud, "Pada sebelah sayapnya mengandungi penyakit," adalah satu pernyataan umum yang menunjukkan lalat merupakan agen pembawa penyakit kepada manusia. Ia juga mengisyaratkan bahawa lalat mengandungi banyak kuman yang memudaratkan. Sabda nabi ini hanya dapat difaharni pada abad-abad terkemudian. Pada tahun 1577, Mercurialis melontarkan pandangan tentang kemungkinan lalat merupakan serangga pembawa penyakit kepada manusia, tetapi pendapat ini tidak dapat dikukuhkan dengan bukti. Hanya pada abad kesembilan belas sahaja kajian yang mendalarn dilakukan untuk mengesahkan perkara ini, contohnya, kajian yang dilakukan oleh Profesor ]. Leidy pada tahun 1871. BeIiau yang merupakan seorang pakar dalam bidang iImu serangga atau entomologistmendapati lalat adalah pembawa pelbagai kuman kepada manusia. Pada tahun 1929, H.Y. Yao, I.C. Yuan dan D. Huie mengkaji lalat-Ialat di Beijing dan mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 kuman bakteria dan dalamannya mengandungi 6-8 kali ganda kuman berbanding luarannya. Hal ini disebutkan dalarn buku Insect Immunologyoleh Edward A. Steinhaus terbitan New York. Pada tahun 1912, risalah pendidikan kesihatan di Amerika memperkenalkan lalat sebagai 'serangga paling berbahaya yang pernah dikenali manusia selarna ini'. Lalat dikenal pasti sebagai agen pembawa penyakit demam kepialu, taun, drit birit, sakit mata, dan banyak lagi. Lalat Memiliki Penawar Sabda nabi, "Dan pada sebelah sayap (Ialat) ada penawar," menunjukkan, walaupun lalat ialah agen pembawa kuman serta penyakit, namun tubuh lalat yang sarna juga memiliki penawar serta bahan antikuman yang bermanfaat bagi man usia. Hal ini disahkan oleh para saintis pada abad ke-20. Sebagai contoh, Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938, mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat yang berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas lalat rumah Musca domestica menunjukkan, ia mengandungi virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman Staphylococcus muscae, Escherichia coli, Salmonella paratyphi dan Eberthella typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga dan ia merangsang kepada penemuan-penemuan yang lain. Sebelum itu, pada tahun 1926, J.I. Duncan menemui bahan¬bahan aktif pembunuh bakteria di dalam usus lalat rumah. Pada tahun 1939 pula, Lat, Ghosal dan Mukherji mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain yang tidak berbahaya. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku The Housefly - Its Natural History, Medical Importance, And Control oleh Luther West. Penemuan sains pada abad ke-20 juga menyedarkan manusia ten tang betapa benarnya sabda nabi yang bermaksud, "Celuplah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar." Pusingan hidup lalat bermula dengan telur. Telur menetas dan mengeluarkan larva, kemudiannya berubah kepada pupa dan kemudian barulah menjadi lalat dewasa. Semua ini adalah proses yang perlu dilalui oleh seekor lalat. Latat di dalam bentuk larva (maggots) am at bermanfaat pada man usia. Sebagai contoh, M.A. Stewart, pada tahun 1934, mendapati lalat berbentuk larva, ketika 'dicelupkan' ke dalam luka-Iuka, mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Di dalam keadaan ini kuman-kuman dapat dibunuh di samping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Di samping itu larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bakteria dan membunuhnya. S.w. Simmons pada tahun 1935 pula mendapati, lendir yang dikeluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya seperti Staphylococcus aureus, Haemolytic streptococci dan Clostridium welchii. Tambahan daripada itu, pada tahun yang sarna, W. Robinson mendapati larva juga mengeluarkan allan to in. Allantoin merupakan bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel. Penemuan-penemuan ini dilaporkan dalam buku Insect Immunology karangan Edward Steinhaus. Penemuan-penemuan ini menjadikan larva lalat begitu popular digunakan bagi merawat luka-Iuka terutamanya pada tahun 1930-an. Walau bagaimanapun popularitinya mula menurun selepas penemuan ubat-ubat antibiotik. Baru-baru ini, bermula tahun 1982, penggunaan larva menjadi popular semula berdasarkan kajian-kajian saintifik terkini. Hal ini dilaporkan oleh Fakulti Perubatan Universiti Indiana di U'uu: soundmedicine.iu.edu. Sebagai contoh, ia dicadangkan untuk digunakan bagi merawat luka disebabkan kencing manis. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Diabetes Health terbitan ~fac 1995. Antara institusi perubatan yang telah menggunakan pendekatan ini ialah Long Beach Veterans Affairs Medical Center. Di Belanda pula pakar-pakar perubatan melaporkan mereka berjaya merawat sebelas kes luka yang teruk dengan menggunakan larva lalat. Kaedah ini berjaya mengawal infeksi kuman dan menyelamatkan kes-kes ini dari pembedahan amputasi. Hal ini dilaporkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases. Kuasa penawar yang ada pada lalat memang menakjubkan. Dalam sebuah buku karangan Dr. Ghyath Hasan al-Ahmad bertajuk al- Tibb al-Nabawi fi Daw ai-11m al-Hadith (Prophetic Medicine in the Ught of Modern Science) terbitan tahun 1955, dilaporkan ten tang satu eksperimen yang dilakukan oleh Dr. Nabih Da'ish di Universiti Raja Abdul Aziz di Riyadh. Beliau menyediakan sepuluh kultur bakteria (bacterial cultures) dan dimasukkan seekor lalat ke dalamnya tanpa dicelupkan lalat itu ke dalam kultur. Beliau kemudiannya menyediakan 10 lagi kultur bakteria dan dimasukkan serta dicelupkan lalat ke dalamnya sebanyak sekali. Selepas itu disediakan pula lagi 10 kultur bakteria dan pada kali ini lalat dicelupkan ke dalam kultur sebanyak dua kali. Perbuatan ini disusuli dengan penyediaan 10 lagi kultur bakteria dan lalat dicelupkan ke dalamnya sebanyak tiga kali. Dr. Nabih Da'ish mendapati kuman terus hidup dan membiak dalam kultur yang pertama yang mengandungi lalat yang tidak dicelup. Dalam kultur yang kedua kuman-kuman tidak mampu membiak malah sebahagiannya terbunuh dan aktiviti antikuman ini meningkat dalam kultur ketiga dan keempat. Penemuan ini menunjukkan pengeluaran bahan antikuman tertentu oleh lalat ada perkaitan dengan perbuatan mencelup lalat ke dalam cecair. la selari dengan sabda nabi yang disebutkan sebelum ini.
Ketika diri mencari sinar Secebis cahaya menerangi laluan Adakalanya langkahku tersasar Tersungkur di lembah kegelapan Bagaikan terdengar bisikan rindu Mengalun kalimah menyapa keinsafan Kehadiranmu menyentuh kalbu Menyalakan obor pengharapan Tika ku kealpaan Kau bisikan bicara keinsafan Kau beri kekuatan Tika aku diuji dengan dugaan Saat ku kehilangan keyakinan Kau nyalakan harapan Saat ku meragukan keampunan Tuhan Kau katakan rahmatnya Mengatasi segala Menitis airmataku keharuan Kepada sebuah pertemuan Kehadiranmu mendamaikan Hati yang dahulu keresahan Cinta yang semakin kesamaran Kau gilap cahaya kebahgiaan Tulus keikhlasan menjadi ikatan Dengan restu kasih-Mu oh Tuhan Titisan airmata penyubur cinta Dan rindu pun berbunga Mekar tidak pernah layu Damainya hati yang dulu resah keliru Cintaku takkan pudar diuji dugaan Mengharum dalam harapan Mogakan kesampaian kepada Tuhan Lantaran diri hamba kerdil dan hina Menitis airmataku keharuan Kepada sebuah pertemuan Kehadiranmu mendamaikan Hati yang dahulu keresahan Syukur sungguh di hati ini Dikurniakan teman sejati Menunjuk jalan dekati-Nya Tika diri dalam kebuntuan Betapa aku menghargai Kejujuran yang kau beri Mengajarku mengenal erti Cinta hakiki yang abadi Tiada yang menjadi impian Selain rahmat kasih-Mu tuhan Yang terbias pada ketulusan Sekeping hati seorang insan Bernama teman "Nasyid ni ana nak tujukan buat semua sahabat2 yang ana rindui" semoga you all tabah menghadapi hari2 yang mendatang dan ana harap sangat2 semoga kita akan bertemu lagi.. :-)
SELAMBER Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas, bukan dari pandangan seseorang.. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunuggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selambernya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu dia menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki ini…sudah la tak mintak izin dari aku…makan sama banyak dengan aku pulak tu… Pencuri!!! rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka tenang dan selamba terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki tadi. Sambil tersenyum , lelaki tadi mengambil biskut yang terakhir, lalu dipatah dua dan kemudiannya memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah, namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tadi. Kemudian dia merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka. Wanita itu berkata di dalam hatinya “ Berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak tahu malu. Pencuri besar…” Wanita dan lelaki itu terus duduk sehinggalah panggilan menaiki pesawat untuk wanita tadi telah tiba. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri bagi wanita itu, dia pun terus bergerak menuju pesawatnya. Apabila wanita itu sampai di tempat duduknya dalam pesawat, beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat ada sebuah bungkusan biskut yang berada di dalam begnya. Bungkusan biskut itu masih elok dan masih belum terbuka. Jadi dia pun berfikir, jika biskut ini ada di dalam beg aku, jadi bermakna biskut yang aku makan tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia di atas segala tindakan yang dia lakukan terhadap lelaki tersebut. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehinggakan pada biskut yang terakhir dia sanggup mematahkan biskutnya dan memberi separuh daripadanya kepada wanita itu. Biarpun dari awal lagi, wanita tersebut telah menunjukkan reaksi marahnya kepada lelaki itu. Untuk meminta maaf dia sudah terlambat, namun dalam hatinya penuh dengan kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.
Allah would not take the time to bless us today, because we would not take time to thank Allah yesterday? today? Rain? our heart? care for others? Allah yesterday…
This messege is from: Nur Faizah( at my fs) "Ini adalah kisah benar yang berlaku kpd seorang hmba Allah" Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati. Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan- bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang, Salim pun jawab rasanya macam keju balls..... dikunyah rasa asin-asin. Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit..... saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA. Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil. Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla,bla- bla....... pork minced meat! Astaghfirullaahal aziim............... saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang. Yang tertelan spegetti babi terludah- ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi................ kata orang tua- tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda- benda haram. ASTAGHFIRULLAAHAL AZIIM.
messenge from: Nurul Izzati..( at my fs..) :. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang .:. asSalamualaikum w.b.t Saya ingin menceritakan pengalaman silam saya untuk menjadi teladan, panduan dan kesedaran pada semua umat islam. Saya dilahirkan di negeri Pahang. Kini berumur 25 tahun. Pendidikan awal di S.K Tekam Utara dan kini menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi swasta dulu dikenali Institut Pengajian Islam. Di pusat pengajian itu banyak memberi kesedaran pada diri saya tentang keindahan agama Islam, dimana saya telah dilahirkan di dunia ini sebagai penganut Nya tanpa menyelami tentangnya(Islam). Saya sendiri tidak terlintas difikiran untuk menjadi pelajar di institut tersebut tetapi mungkin Allah S.W.T telah tentukan. Disanalah saya mula mengenal diri dan mendalami tentang ilmu-ilmu tentang islam. Saya sebenarnya sedih mengingatkan tentang perkara yang ingin saya ceritakan ini. Tetapi untuk kesedaran semua agar tidak terlepas pandang pada sesuatu yang dianggap selamat tetapi pada hakikatnya amat merbahaya, memalukan, hilang maruah, tidak bertanggungjawab dan terhina pada umat islam. Ianya bermula pada hujung tahun 2006 keadaan saya pada masa itu amat perit dihimpit masalah keluarga, kewangan dan rakan seagama.fikiran saya serabut dan juga buntu apabila masalah datang sekaligus. Pertama masalah keluarga dan rumah tangga dimana saya dituduh berlaku curang terhadap isteri saya. Memang sebelum itu saya pernah melakukan kesilapan. Kejadian itu berlaku sewaktu saya baru mendirikan rumah tangga, saya melakukan hubungan sulit dengan kerani tempat saya bekerja. Oleh itu saya menyesal dan tidak mengulanginya lagi tetapi isteri saya tidak mempercayai diri saya sepenuhnya seperti sedia kala. Tidak lama kemudian seorang wanita meminati saya tetapi saya tidak mengendahkan perasaannya terhadap saya wanita itu nekad untuk bertemu semula dengan isteri saya dan dia telah buat cerita bahawa saya telah meniduri saya beberapa kali sewaktu isteri saya tiada di rumah. Perkara itu membuatkan isteri saya telah berkurangan kasih sayangnya terhadap saya walaupun saya telah menjelaskan perkara yang sebenarnya. Rupa-rupanya wanita tersebut telah berpakat telah berpakat dengan ibu mertua saya. Sememangnya perkahwinan ini tidak direstui ibu sebelah isteri saya. Kedua, masalah kewangan dimana pendapatan isteri lebih daripada saya dan dianggap tidak sepadan dengan saya oleh ibu mertua. Pelbagai cara saya cuba mengambil hati kedua mertua tapi pandangan mereka tetap sama. Sehingga kami terpaksa bercerai atas desakan mertua, dan kesalahan yang pernah saya lakukan dulu sebagai penyebab utama. Ketiga, saya telah melakukan kesilapan terhadap rakan serumah dimana penghuninya semua pelajar di pusat pengajian yang sama. Saya telah bercakap tentang perkara yang tidak sepatutnya saya cerita pada rakan yang lain tentang rakan serumah. Oleh itu, mereka sepakat untuk memulaukan saya walaupun itu kesalahan saya yang pertamasetalah selama dua bulan mengenali mereka. Setelah saya memohon maaf, saya pula difitnah dengan dengan pelbagai cerita sehingga ada yang memanggil saya ANJING oleh rakan sekuliah dan seagama (ISLAM) dengan saya. Pada suatu hari dalam keadaan yang begitu tertekan, saya telah didatangi seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai BENNET, nama samarannya pula ALIFF. Dia selalu hadir apabila saya memerlukannya. Pernah sekali saya terpaksa membayar duit yang telah dilaburkan oleh rakan kongsi perniagaan saya sebanyak RM6000 dalam masa yang singkat. Dia menawarkan diri untuk membantu saya setelah dia mendapat tahu bahawa saya meminta bantuan dari rakan-rakan seagama dengan saya, tetapi gagal. Dia membawa saya ke sebuah gereja kira- kira 4 km dari tempat saya belajar. Di sana saya ditemukan dengan seorang paderi. Saya diminta menceritakan masalah yang dihadapi, setelah saya menceritakan masalah saya, tanpa banyak alasan paderi tersebut masuk ke sebuah bilik, tidak lama kemudian dia keluar lalu menyerahkan wang sebanyak RM6000 dan dia berkata “KAMU TIDAK PERLU RISAU SAYA AKAN SENTIASA MEMBANTU KAMU WALAUPUN KITA BERLAINAN AGAMA, DUIT TAK PERLU KAMU PULANG. AMBILLAH IA ANGGAP IA DUIT KAMU SENDIRI YANG SAYA TOLONG SIMPANKAN, TETAPI SAYA HAIRAN MENGAPA ORANG SEAGAMA KAMU BEGITU BERSIFAT PENTINGKAN DIRI. KAMI DISINI DIASUH SUPAYA SENTIASA MENGAMBIL BERAT ANTARA SATU SAMA LAIN.” Semenjak itu saya kerap berjumpa dengan paderi tersebut, dia menawarkan diri untuk mendengar segala masalah saya, saya juga telah mengajak rakan- rakan yang senasib dengan saya. Telah beberapa kali saya hampir meminum ‘air suci’ bagi penganut agama kristian tetapi alhamdulillah hasrat tidak kesampaian. Saya dan rakan-rakan yang lain pernah mengadakan perjumpaan dimana ianya dipanggil sebagai hari penghapus dosa. Diadakan di Pantai Cherating, Kuantan Pahang seramai hampir 2500 orang pelajar IPT berbangsa melayu terlibat sama. Selain itu kami selalu mengadakan perjumpaan secara terbuka sesama rakan- rakan yang terlibat setiap kali perjumpaan kami akan diberi nasihat, semangat dan perangsang untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Didalam perbincangan dan perjumpaan tersebut kami selalu ditekankan tentang mencari kebenaran dan hala tuju yang diredhai hanya dengan cara membandingkan kehidupan manusia dan keadaan persekitaran Islam disekeliling kita dengan Kristian secara praktikal bukannya secara teori kerana praktikal itulah nyata dan benar. Mereka juga ada memberi penerangan tentang ayat–ayat suci Al- Quran sebagai contoh: Ayat 199, juz Al-Araaf *maafkanlah dan suruhlah maaruf berpaling dari orang – orang yang jahil. (Dikatakan ayat ini bahawa orang-orang seperti kami tidak ada ruang lagi disisi agama Islam. Oleh itu, kami telah ditakdirkan dan dipertemukan oleh Allah S.W.T dengan mereka yang menuju ke syurga). Ayat 105, surah Al-Khafi* maka orang- orang yang ingkar akan tanda-tanda Tuhan akan menemuinya sebab itu hapuslah (pahala) perbuatan mereka dan timbangan untuk mereka pada hari kiamat. (Dikatakan ayat ini bahawa tidak berpeluang langsung bagi orang- orang seperti kami untuk masuk syurga jika mengikut jalan islam kerana perkara itu ada dinyatakan di dalam Al- Quran oleh itu satu-satunya agama yang Maha Pengasih dan Penyayang adalah kristian yang sentiasa memberi peluang arah dan jaminan untuk ke syurga.) Sehinggalah suatu hari saya merasakan apa yang telah dilalui ini banyak salahnya, hati dan perasaan tidak tenteram, sentiasa berdebar-debar. Saya cuba kuatkan semangat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ini kepada dua orang sahabat dimana mereka telah menyedarkan bahawa apa yang dianggap selama ini salah iaitu saya menyalahkan agama islam, padahal penganut agama itu yang bersalah kerana agama islam adalah agama yang sempurna dan jika kita mengikut segala yang telah ditetapkan nescaya kita akan bahagia di dunia dan akhirat, insyaAllah. Kini saya merapatkan diri dengan Allah S.W.T agar mendapat kehidupan yang diredhai NYA. Pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) banyak membantu saya dari segi makanan mental dengan menjemput saya mengikuti program- program yang mereka anjurkan supaya saya dapat mengukuhkan akidah dan tauhid di dalam diri. Saya mendoakan agar semua pihak yang banyak membantu saya akan terus membantu supaya kita dapat menyelamatkan rakan-rakan saya yang masih di dalam kebingungan tentang agama islam dan hampir dimurtadkan. Saya berharap sangat pihak yang bertanggungjawab cepatlah bertindak seiring dengan ABIM, jangan sampai anak, adik, abang, kakak, cucu atau saudara kamu sendiri dimurtadkan baru sedar kamu telah menjadi insane yang hina di mata umat islam. Jangan kamu lalai dengan gaji yang beribu, berlagak dengan gelaran yang diberi takut nanti mata menjadi kelabu sampai tidak perasan orang yang dimurtadkan itu rupanya seibu dengan kamu…. wasSalam…. #PERHATIAN! Surah al-araaf dan al- kahfi diatas adalah terjemahan yang pihak kristian tafsir sendiri.maka diharap tiada kekeliruan selepas ini. Paling afdal rujuklah terjemahan yang sahih.. p/s : kisah ini adalah benar-benar terjadi kepada seorang hamba Allah yang ana kenali. Penulis telah meminta ana menyalin cerita ini untuk diambil iktibar kepada orang lain. Sesungguhnya kehidupan ini adalah ladang ujian, kekadang ujian yang tidak diduga mendatang dalam keadaan yang sukar diterima dek akal. Namun, ingatlah firman ALLAH S.W.T surah Al- Ankabut 29:2 “apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ‘kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji?” Apa yang pasti setiap ujian adalah rahmat dari ALLAH untuk meningkatkan keImanan da keTaqwaan hambanya. Ketahuilah semakin berat ujian yang dipikul kamu menandakan tinggi keImanan kita. Yakinlah pada ALLAH bahawa DIA tidak menzalimi hambanya melainkan kitalah yang sering zalim pada diri sendiri. Banyakkanlah bersyukur padanya dalam senang mahupun susah. Malah jika diuji zahirkanlah rasa kesyukuran kerana ujian itu adalah perhatian dari kasih sayang NYA kepada kita. Penulis kini sedang giat berusaha untuk menubuhkan satu badan pengiat dikalangan pelajar IPT untuk bersama dengannya menarik atau mengajak semula golongan yang hampir murtad atau telah murtad. Tanpa kita sedari golongan ini berada berhampiran kita dan kerana sikap individualistik kita lupa tanggungjawab kita terhadap umat islam. Jika anda pelajar IPT dan berminat menyertai bolehlah menghubungi ana. Untuk pengetahuan badan ini dibawah selia ABIM jadi segala kegiatan akan dibantu dan dipantau oleh ABIM. Jika anda tergerak hati untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan kegiatan badan ini atau mahu bersama- sama mempertahankan aqidah umat islam, kami amat mengalu-alukan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi…. A’J : 013-2777243
Budaya mukminin…. Orang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa Unik dan berbeza sangat dengan orang lain Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan Bahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannya Berhadapan dengan ujian dia tenang Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur Jadual waktu dengan Allah taat dan istiqamah Walau dalam keadaan susah dan senang Mesra dan menghormati tetamu sesuai dengan kedudukannya Tidak boleh mendengar orang mendapat kesusahan Selagi tidak dapat ditolong, menderita jiwanya Merendah diri adalah budaya hidupnya Setiap orang yang meminta pertolongan jarang tidak dapat ditunaikan Pemurah sangat terselah di dalam kehidupannya Tidak pernah mengeluh ketika dia berhadapan dengan penderitaan Tetapi dia mengeluh dengan dosa-dosanya Atau mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan & kecuaian Rasa kehambaan terserlah pada wajahnya Allah selalu sahaja disebut - sebut di dalam perbualannya Nampak sangat bahawa Allah adalah sandaran hidupnya Gembira tidaklah sampai ketawa berdekah – dekah Kesusahannya tidaklah sampai wajahnya muram Lebih – lebih lagi dia tidak rasa kecewa dan putus asa Apabila berhadapan dengan kesusahan Tawakal , sabar dan redha adalah budaya hidupnya…
Anak muridku, Dengarlah pendapat yang mungkin cetek ini Rasanya yang sudah tu....sudahlah Usah dikenang dan usah di tangisi lagi ratapan hati Binalah hidup baru dan cubalah berdikari Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah terlebih dahulu apa yang ada di dalam hati mereka Jadi anak muridku pandanglah kehadapan dengan hati yang kental dan cekal sekeras besi Bila-bila masa pun sirah Rasullulah SAW dan para sahabat RA patut kita contohi Barulah hidup di dunia dan di Akhirat akan Allah berkati... Kau nangis anak muridku? Laa!...jantung hatiku Aku tahu dan aku dapat merasakan kesedihanmu Hendak disalahkan takdirlah hidupmu sempang-perenang sebegini rupa? Bencikah dan hendak dimarahkan Allah yang telah menentukan segala-galanya sedangkan bukan salahmu ibumu pelacur Dan bukannya kau hina kerana ayah tirimu pengedar dadah bertanggungjawab di atas kehidupan mereka Dan engkaulah yang berhak untuk memilih jalan hidupmu sendiri pula Tidak pernahkah sampai ke pengetahuanmu tentang sahabat-sahabat Rasulullah SAW sebelum mereka menganut Islam hidup mereka porak-peranda Anak muridku... Tahukah kamu bahawasanya "Umar Al-Khattab pernah suatau ketika dahulu membunuh anak perempuannya? Makanannya disembah, kemudian dikunyah lalu ditelan? Isy! Anak muridku usah kau tertawa Cerita ini bukan dusta, tetapi benar belaka tentang Sahabat Rasulullah SAW di zaman jahiliah mereka Abu Zar Al-Ghifari yang mulia, dulu suka merompak manusia Khalid Al-Walid kaki perempuan dan kaki botol pula Wahsyi pernah melemparkan lembing, membunuh para saudara nabi kita Rabiatul Adawiyyah sendiri pun pernah buat kerja tak senonoh sebelum memahami deennya Tetapi mereka semua kemudiannya bertukar wajah belaka menjadi perwira dan serikandi pendokong dan pembela Islam yang gagah perkasa. Jadi anak muridku Kembalilah ke dakapan kasih sayang Penciptamu Yang Maha Mencipta Yang maha menjadikanmu, memeliharamu dan menguasai kehidupanmu Yang terlebih berhak disayangi dan di taati tiap detik usia Yang telah melontarkan dan memanjangkan "tali" Nya kepada mu Yang jika engkau berpaut kejap dan hidup beramal dengan-Nya Engkau akan selamat sejahtera sampai bila-bila Jangan teragak2 lagi kau membuang botol arakmu anak muridku Bukan itu caranya untuk menyelesaikan masalah dan kedukakan jiwa Malah air kencing iblis itu akan menambahkan lagi kekusutan keadaan yang sedia ada Baliklah anak muridku ke asramamu Hadapilah teman2mu di sana dengan hati yang waja Walaupun saban hari kau ditertawakan mereka Dah besar panjang begini baru hendak belajar Seolah mereka memanggilmu"murtad" Usah dipedulikan cakap2 manusia yang suka melemahkan orang lain Di sisi Allah ku yakin kau tidak hina Malah Allah menyambutmu dengan keredaan dan"tangan" terbuka Dan pintu Syurga dan keampunan dibuka seluas-luasnya Bukankah kasih sayang Allah itu mengatasi marahNya? Oleh itu janganlah kau membuang masa, kembalilah semula kepangkuan-Nya. "TeMaN MaNuSia YanG SeBeNaR ADalaH JaHiL"
Manusia dicipta oleh tuhan dengan keunikan yg luar biasa. Menurut hasil penelitian ilmu kedoktoran, jika seorg dewasa dgn bobot tubuh rata2, maka selama 24 jam ia memiliki kesibukan: # jantung manusia berdenyut 103,689 kali. # darah merempuh perjalann 168,000,000 batu # bernafas sebanyak 23,040 kali # menghirup udara sebanyak 483 meter kubik # menelan 1.5 kg makanan # meminum 3.5 liter cairan # berkata2 sebanyak 25,000 kata(termasuk kata2 yg x perlu diucapkan) # menggerakkan 750 otot # kuku bertumbuh 0.00012cm # sel otak sebanyak 7,000,000 terus bekerja Cubalah anda hitungkan kebaikan2 Allah. Berapa banyak pertolonganNya dalam kehidupan kita? Apakah anda merasakan pemeliharaan Allah sepanjang tahun ini? Tuhan memberikan waktu 365 hari sepanjang tahun kepada kita untuk kita memuliakanNya dalam segala aspek kehidupan kita. Cmpr tangan dan pemeliharaanNya menuntun kehidupan kita. Jadi fikir2 kan lah....
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk di dapur, lalu dia menghulurkan sekeping kertas yang bertulissesuatu. Si ibu mengambil kertas tersebut lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:- -Tolong pergi ke kedai:Rm 5.00 -Tolong jaga adik:Rm 5.00 -Tolong buang sampah:Rm 3.00 -Tolong kemas bilik:Rm 3.00 -Tolong sapu sampah:Rm 3.00 Jumlah keseluruhan:Rm 18.00 Si ibu tersenyum selepas membaca lalu menulis di bahagian belakang kertas tersebut. -kos mengandungkanmu: percuma -kos air mata menitis keranamu: percuma -kos berjaga malam kerana menjagamu: percuma -kos kerungsingan kerana bimbangkanmu: percuma -kos menyediakan makan, minum, pakaian dan keperluanmu: percuma Jumlah keseluruhan nilai kasihku: PERCUMA air mata si anak bergelinangan setelah membaca apa yang telah dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah si ibu, lalu memeluknya dan berkata " SAYA SAYANGKAN IBU"... Diriwayatkan, seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, " wahai Rasulullah, siapakah yang berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu, Ibumu,Ibumu, kemudian Ayahmu, kemudian saudara terdekatmu." Dipetik dari: Majalah tarbiatunna... |