Nur Farhana's posts with tag: ruangan pedoman

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag ruangan pedoman
Blog Entrynilai kasih ibu...Apr 18, '07 1:04 AM
for everyone
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk di dapur, lalu dia menghulurkan sekeping kertas yang bertulissesuatu. Si ibu mengambil kertas tersebut lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:-

       -Tolong pergi ke kedai:Rm 5.00
       -Tolong jaga adik:Rm 5.00
       -Tolong buang sampah:Rm 3.00
       -Tolong kemas bilik:Rm 3.00
       -Tolong sapu sampah:Rm 3.00
    Jumlah keseluruhan:Rm 18.00

Si ibu tersenyum selepas membaca lalu menulis di bahagian belakang kertas tersebut.

       -kos mengandungkanmu: percuma
       -kos air mata menitis keranamu: percuma
       -kos berjaga malam kerana menjagamu: percuma
       -kos kerungsingan kerana bimbangkanmu: percuma
       -kos menyediakan makan, minum, pakaian dan keperluanmu: percuma
Jumlah keseluruhan nilai kasihku:   PERCUMA

air mata si anak bergelinangan setelah membaca apa yang telah dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah si ibu, lalu memeluknya dan berkata " SAYA SAYANGKAN IBU"...

Diriwayatkan, seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, " wahai Rasulullah, siapakah yang berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu, Ibumu,Ibumu, kemudian Ayahmu, kemudian saudara terdekatmu."


Dipetik dari: Majalah tarbiatunna...

© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help